Sunday, September 15, 2013

Lagi Kes Dera Yang Membawa Kematian

sumber : harian metro online

Kes penderaan bayi sepertinya tidak pernah habis. Ada saja kes penderaan yang melibatkan tidak saja pengasuh tetapi juga ibu bapa. 

Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWM) hampir 3,900 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan tahun lalu dan sekurang-kurangnya 1,023 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan sepanjang Januari hingga Mac tahun ini.

Yang terbaru, kes penderaan bayi berumur 6 bulan yang di dera oleh pengasuhnya. Selepas tiga hari menerima rawatan di NICU, akhirnya bayi malang ini meninggal dunia.

Dunia....oh....dunia. Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni. Manusia semakin hilang rasa perikemanusiaan. Yang ada hanya peri kehaiwanan. Dah tiada rasa kasih sayang dan belas kasihan pada seorang bayi yang tidak mengerti apa-apa lagi.


Pergi Jua Akhirnya.....

Shah Alam: Bayi berusia enam bulan Nur Sofea Insyirah Mohd Shahril yang sebelum ini dalam keadaan kritikal selepas disyaki didera pengasuhnya, meninggal dunia pada jam 2.20 petang semalam.
Nur Sofea meninggal dunia selepas empat hari bertarung nyawa selepas mengalami pendarahan serta retak bahagian tengah kepala selain beberapa kesan lebam di lutut. 
Mangsa disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. 

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan mangsa tidak sedarkan diri sewaktu berada di bawah jagaan pengasuhnya pada jam 10 pagi Rabu lalu sebelum pengasuhnya memaklumkan kepada bapa mangsa Mohd Shahril Ahamad, 28, yang kemudian bergegas membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Namun, selepas tiga hari menerima rawatan, mangsa masih tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif dan hanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/15

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...